Saturday, August 11, 2012

TUAN GURU GHAZALI BIN AHMAD (BABA LI) @ Pondok Moden Saadah Addaarain (05/08/2012)



Pengerusi majlis USTAZ FADZIL BIN ISMAIL





Dengan lafaz  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ   saya memulakan kuliah Dhuha ini dengan tajuk MENUNTUT ILMU.



ILMU.

Ilmu yang paling penting ialah dengan menghafaz al-quran. Kemudian diikuti dengan bahasa ARAB. Apabila seseorang itu boleh menguasai al-quran dan bahasa arab, insyaallah yang lain itu dibilang 'buah' atau dengan kata lain senang diajar.

Belajar dengan guru yang sangat alim, itu sangat-sangat penting.
Belajar dengan guru yang fahaman dia itu betul, itu sangat-sangat penting.
Yang pentingnya belajar ILMU.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Menuntut ilmu itu adalah satu kefardhuan (kewajipan) diatas setiap orang-orang muslim".

Ilmu-ilmu yang WAJIB belajar (khilaf ulamak) :
  1. ILMU FARAID
  2. ILMU FARDHU (syahadah, solat, puasa, zakat, tasawuf, haji, akidah, iktikaf)
Terdapat pelbagai pendapat tentang kewajipan menuntut ilmu, tetapi pendapat yang paling ringkas ialah Saidina Imam Ar-Ramli radhiyallahu ta’ala ‘anhu iaitu ilmu amal.
ILMU AMAL ialah ilmu yang kita mahu beramal dengan ilmu itu.




Kesilapan Dalam Solat.

Sejahat-jahat manusia diantara pencuri itu ialah pencuri solat (orang yang mencuri haknya sendiri dalam solatnya). Bagaimana ini terjadi ialah apabila bersolat, dia tidak melakukan 13 rukun solat itu dengan tertib (tomakninah).








Dalam mazhab Hanafi dan Shafiee, orang yang paling baik menjadi imam ialah orang yang lebih alim. Kerana
orang alim ini lebih afdal dari hafaz (tahfiz). Apabila tiada orang alim, maka orang hafaz yang lebih afdal menjadi imam. Jadi yang pertama ialah orang alim dan kedua ialah orang hafaz.



Kelebihan Zikir.

Zikir ini ialah penenang jiwa. Bila kita dalam keadaan resah, takut dan sebagainya hendaklah kita banyakkan berzikir.
Antara zikir Nabi Muhammad S.A.W yang diberikan kepada isteri-isterinya ialah :
Shafiyyah    : 
Subhanallahi wa bihamdih, adadama khalaqal minsyai'e
Alhamdulillah, adadama khalaqal minsyai'e
Allah Huakbar, adadama khalaqal minsyai'e

Juwairiyah 
Subhanallahi wa bihamdihi a'dada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata 'arsyihi, wa mindada kalimaatihi.
Alhamdulillah a'dada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata 'arsyihi, wa mindada kalimaatihi. 
Allah Huakbar a'dada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata 'arsyihi, wa mindada kalimaatihi.

Antara zikir yang lain ialah :

  1. Subhanallah Adadama khalaqa fissamaq (Aku memuji mu ya ALLAH seperti mana banyaknya barang-barang yang ada dilangit)
  2. Subhanallah Adadama khalaqa  Fill'ar  (Aku memuji mu ya ALLAH seperti mana banyaknya barang-barang yang ada dibumi)
  3. Subhanallah Adadama bainazalik  (Aku memuji mu ya ALLAH seperti mana banyaknya barang-barang yang ada diantara langit dan bumi)
  4. Subhanallah Adadama huwakhaliq  (Aku memuji mu ya ALLAH seperti mana banyaknya barang-barang yang telah engkau ciptakan)

Diamalkan pagi dan petang.
















akan diupdate.



akan diupdate.



Antara para pelajar Pondok Moden Saadah Addaarain.




Antara pendengar-pendengar setia kuliah dhuha @ Pondok Moden Saadah Addaarain.



Bila pelajar bertemu dengan pendengar-pendengar setia kuliah dhuha @ Pondok Moden Saadah Addaarain



Semoga setiap majlis yang berlangsung mendapat barakah Allah s.w.t





Sumber kuliah: http://addarain.com/




No comments:

Post a Comment